Apa aku nak buat hari ni yer? Nak buat hobi yang hari-hari aku buat, hari ni bajet aku tak ada. Nak kena beli barang-barang untuk masak, kena keluarkan duit. Masalahnya, kad bank aku dalam kereta dan hari ni suami aku bawa kereta aku untuk pergi kerja. Memang tak ada pilihan lain kecuali layan tv, layar internet dan kalau rajin nanti aku buat facial. Penting juga penjagaan kecantikan ni, lagi-lagi bagi aku yang sememangnya tak pernah konsisten untuk mencantikkan diri. Bila datang mood, rajin. Rajin sampai semua orang yang ada dalam rumah ni aku tawarkan untuk buat facial. Bukan setakat facial, malah sampai syampu rambut pon aku buatkan. Tapi biasalah, bukan senang nak datang mood tu.
Bercakap pasal kecantikan ni, dalam bilik air aku saja ada 4 botol syampu. JS, Kerastase, Sunsilk, syampu Bawang yang Jackie Chan jadi duta tu pon ada. Semua aku cuba tapi yang betul-betul meninggalkan kesan dan nampak perbezaannya, Kerastase. Memang betul apa orang cakap, lagi mahal lagi berkesan. Lain betul kualiti dia. Mujurlah rambut aku saja yang susah nak jaga. Maklumlah macam-macam aku dah buat kat rambut aku, perm halus, perm besar, rebonding, warna jangan cakaplah. Terlampau banyak.
Bercakap pasal kecantikan ni, dalam bilik air aku saja ada 4 botol syampu. JS, Kerastase, Sunsilk, syampu Bawang yang Jackie Chan jadi duta tu pon ada. Semua aku cuba tapi yang betul-betul meninggalkan kesan dan nampak perbezaannya, Kerastase. Memang betul apa orang cakap, lagi mahal lagi berkesan. Lain betul kualiti dia. Mujurlah rambut aku saja yang susah nak jaga. Maklumlah macam-macam aku dah buat kat rambut aku, perm halus, perm besar, rebonding, warna jangan cakaplah. Terlampau banyak.Kulit muka aku alhamdulillah tak sensitif. Semua pencuci setakat ni boleh masuk dengan kulit muka aku ni. Antara produk penjagaan muka yang pernah aku guna, Olay, Safi, Cellnique, Clinique, Nutrimetics, Tia Amelia dan Natasha. Disebabkan sikap aku yang suka sangat mencuba sesuatu yang baru, memang penuh bilik air dengan semua produk-produk kecantikan ni. Malah ada yang baru dipakai 2-3 kali, tak luak pon.
No comments:
Post a Comment