Tuesday, September 28, 2010

Yummy Trifle

Trifle ni antara yang mendapat sambutan hangat dalam bisnes aku. Alhamdulillah. Seronok betul aku buat benda yang aku suka ni. Bagi kawan-kawan yang nak tempah trifle ni boleh lah call @ PM aku. Tapi bagi yang nak cuba buat sendiri boleh cuba resipi ni.

Lapisan A
Kek gulung

Lapisan B (Custard)
1 tin susu cair
1 tin air
7 sudu gula
5 sudu custard

Lapisan C
Buah tin campuran

Lapisan D
1 kotak jelly crystal
350 ml air panas

Senangkan? Selamat mencuba.

Ready.. Set.. Go!!

Dah lama aku tak update blog. Sibuk sangat minggu lepas dengan wedding adik aku dan bisnes aku yang baru nak berkembang ni. Tapi memang aku bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Adik aku pun dah selamat. Tengah seronok ber'honeymoon' lah tu. Tahniah. Pasal bisnes, Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Penat macam mana pun aku tetap seronok. Macam ni lah cara hidup yang aku impikan. Masa pun banyak untuk keluarga dan diri sendiri. Doa-doakan semua berjalan lancar yer. InsyaAllah.

Sunday, September 19, 2010

Ayam Kicap Honey

Hari ni mood rajin aku untuk memasak datang lagi. Aku nak cuba masak sesuatu yang belum pernah aku cuba. Selalunya macam tu lah. Aku reka ikot kesesuaian barang-barang yang ada di dapur. Hari ni menu aku Ayam Kicap Honey. Nyum-nyum..

Bahan-bahan (Aku ni jenis campak-campak, jadi tak ada ikut sukatan tetap)
* Bawang merah
* Bawang putih
* Halia
* Cili api
* Kiub ayam
(* semua dikisar)
# Cili boh
# Kicap manis
# Madu
# Garam
# Gula
Ayam

Cara-cara
1. Goreng ayam sampai separuh masak
2. Dalam periuk lain, tumis bahan-bahan yang telah dikisar
3. Semua bahan # dicampur dalam periuk tadi
4. Masukkan ayam dan biar atas api kecil sampai ayam betul-betul 
    masak
5. Tadaaa.. dah boleh makan

Saturday, September 18, 2010

Nak buat apa yer?

Apa aku nak buat hari ni yer? Nak buat hobi yang hari-hari aku buat, hari ni bajet aku tak ada. Nak kena beli barang-barang untuk masak, kena keluarkan duit. Masalahnya, kad bank aku dalam kereta dan hari ni suami aku bawa kereta aku untuk pergi kerja. Memang tak ada pilihan lain kecuali layan tv, layar internet dan kalau rajin nanti aku buat facial.
Penting juga penjagaan kecantikan ni, lagi-lagi bagi aku yang sememangnya tak pernah konsisten untuk mencantikkan diri. Bila datang mood, rajin. Rajin sampai semua orang yang ada dalam rumah ni aku tawarkan untuk buat facial. Bukan setakat facial, malah sampai syampu rambut pon aku buatkan. Tapi biasalah, bukan senang nak datang mood tu. Bercakap pasal kecantikan ni, dalam bilik air aku saja ada 4 botol syampu. JS, Kerastase, Sunsilk, syampu Bawang yang Jackie Chan jadi duta tu pon ada. Semua aku cuba tapi yang betul-betul meninggalkan kesan dan nampak perbezaannya, Kerastase. Memang betul apa orang cakap, lagi mahal lagi berkesan. Lain betul kualiti dia. Mujurlah rambut aku saja yang susah nak jaga. Maklumlah macam-macam aku dah buat kat rambut aku, perm halus, perm besar, rebonding, warna jangan cakaplah. Terlampau banyak.
Kulit muka aku alhamdulillah tak sensitif. Semua pencuci setakat ni boleh masuk dengan kulit muka aku ni. Antara produk penjagaan muka yang pernah aku guna, Olay, Safi, Cellnique, Clinique, Nutrimetics, Tia Amelia dan Natasha. Disebabkan sikap aku yang suka sangat mencuba sesuatu yang baru, memang penuh bilik air dengan semua produk-produk kecantikan ni. Malah ada yang baru dipakai 2-3 kali, tak luak pon.  
  

Aku Kaki Shopping?

Aku ni memang suka sangat shopping. Macam-macam aku beli. Nak sedapkan hati aku cakap kat diri sendiri yang shopping ni satu terapi minda. Hilang tension kononnya. Setiap hari ada saja barang baru yang aku beli. Sampai dah penuh almari dan terpaksa tumpang almari adik aku. Adik aku sekarang pun dah mula tunjuk minat yang sama macam aku. Kaki shopping gak. Malah dia dah pandai merungut sebab almari dia tak muat untuk isi hasil daripada minat baru dia tu. Jadi aku terpaksalah keluarkan barang-barang aku untuk memberi ruang kepada barang-barang adik aku ni. Masalahnya memang dah tak ada tempat. Sedih memang sedih tapi apa nak buat. Nak tak nak aku terpaksa jual.
 

Friday, September 17, 2010

.:: AKU ::.

Nama aku Hani. Aku macam wanita-wanita lain, punya keinginan, berwawasan, ada hati dan perasaan. Cuma mungkin aku ni agak sensitif, cepat terasa. Hati mudah sangat terasa lagi-lagi bila orang cakap kasar sikit. Itulah antara kelemahan diri aku. Tapi aku sedang cuba untuk perbaiki. Untuk kebaikan diri aku juga.
Atas dorongan Mama dan Papa aku, Alhamdulillah, aku kini berkululusan Universiti, ada degree. Boleh dikatakan aku agak berpengetahuan dalam Bahasa Inggeris dan komunikasi. Aku juga punya diploma dalam pendidikan. Tak sia-sia aku belajar dulu kerana disebabkan pelajaran dan kelulusan yang aku ada, banyak pengalaman hidup telah aku peroleh. Macam-macam pekerjaan aku dah cuba. Ada orang cakap tak elok tukar-tukar kerja tapi aku puas sebab bagi pendapat aku hidup hanya sekali. Rugi kalau kita tak merasa kepuasan hidup, tapi biarlah dengan cara yang diredhai Allah. Aku pernah rasa kerja di bank, guru, pramugari, pembantu jualan, malah kerja sebagai driver juga aku pernah.
18 September 2010.. permulaan baru dalam hidup aku, InsyaAllah. Dah lama aku pikir apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni. Macam-macam aku dah lalui dalam 30 tahun hidup aku, suka duka, jatuh bangun dan jatuh lagi. Sekarang, biar pun agak lewat, aku lebih yakin dengan keputusan langkah hidup aku seterusnya. Aku amat setuju kalau kita minat sesuatu kita boleh perkembangkan ia menjadi sebuah perniagaan. Tak salah untuk kita bermula secara kecil-kecilan, janji minat ada dan semestinya ia diredhai Allah.
Aku punya minat dalam pelbagai bidang, memasak, menggubah hantaran dan kecantikan. Aku juga suka mengajar, sebab aku percaya pelajaran akan membantu kita di masa hadapan. Aku berazam akan cuba sedaya upaya aku untuk membangunkan minat-minat aku kepada tahap yang boleh dibanggakan. InsyaAllah dengan dorongan kalian semua aku akan berjaya. Amin.